Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo akan menjadi penaja dan pembekal telefon pintar pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019

Vivo akan menjadi penaja dan pembekal telefon pintar pertandingan PUBG Mobile Club Open 2019 1

Vivo secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan permainan video terkemuka di dunia iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG MOBILE) keluaran Tencent dan PUBG Corporation sebagai penaja utama pertandingan PUBG MOBILE Club Open 2019 yang merupakan antara pertandingan gaming mudah alih terbesar didunia.

Dengan perjanjian ini, Vivo akan menjadi pembekal rasmi telefon pintar bagi PUBG MOBILE Club Open 2019 dimana peserta dari seluruh pelusuk dunia akan bertarung untuk merebut jumlah hadiah keseluruhan bernilai $2.5 juta.

Perjanjian Global dengan PUBG membuktikan komitmen Vivo untuk menawarkan pengalaman gaming paling lancar kepada pengguna.

Selain itu, Vivo juga berhasrat untuk menjadi antara pendahulu didalam industri eSports yang memberikan platform yang lebih kukuh untuk memuaskan hati pengguna.

Perjanjian dengan PUBG MOBILE adalah satu detik bersejarah bagi Vivo kerana mendapat kepercayaan daripada syarikat pembangun aplikasi permainan video terkemuka dunia dengan lebih 30 juta pemain aktif.

Kerjasama global antara Vivo dan PUBG Mobile memberikan Vivo platform terbaik untuk menunjukkan kebolehan dan potensi telefon pintar Vivo didalam menawarkan pengalaman gaming yang terbaik.

Walaupun tidak mendedahkan model telefon pintar mana yang akan digunakan pada pertandingan PUBG MOBILE Club Open 2019 ini, terdapat laporan mengatakan bahawa telefon pintar gaming iQOO yang akan menjadi peranti rasmi pertandingan permainan video terbesar didunia ini.

Sebagai rekod, PUBG MOBILE STAR CHALLENGE 2018 telah ditonton oleh 230 juta penonton seluruh dunia dengan 5,000 penonton siaran langsung di peringkat akhir global yang berlangsung di Dubai.

Bercakap mengenai PUBG MOBILE Club Open tahun ini, peringkat kelayakan telah bermula pada 22 Mac dengan dua peringkat akhir akan berlangsung pada Julai dan Disember.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.