Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Unifi umumkan penawaran teknologi jalur lebar tanpa wayar pra-5G TDD pertama di Malaysia yang mampu menawarkan kelajuan sehingga 500Mbps

Unifi umumkan penawaran teknologi jalur lebar tanpa wayar pra-5G TDD pertama di Malaysia yang mampu menawarkan kelajuan sehingga 500Mbps 1

Selang 85 hari selepas mengumumkan pelan Unifi Mobile serendah RM 19 di majlis pelancaran #khabarbaik, Unifi kini telah memberikan kita #khabarbaik 2.0 yang telah menyaksikan pengumuman teknologi pra-5G yang menggunakan teknologi TDD (Time Division Duplex).

Projek pra-5G TDD ini kini telah beralih ke fasa komersial dan ianya kini telah mula beroperasi di SetiaWalk, Puchong yang terdiri daripada blok kediaman, pusat membeli-belah dan pejabat.

Pelanggan pelan jalur lebar fiber tanpa wayar Unifi ini mampu menikmati kelajuan di antara 30-80Mbps namun teknologi pra-5G TDD ini mempunyai kebolehan untuk membawa kelajuan sehingga 500Mbps iaitu 2 kali ganda lebih tinggi berbanding teknologi 4G LTE.

Unifi umumkan penawaran teknologi jalur lebar tanpa wayar pra-5G TDD pertama di Malaysia yang mampu menawarkan kelajuan sehingga 500Mbps 2

Dengan pengenalan teknologi pra-5G TDD ini, Unifi kini mempunyai penyelesaian untuk menembusi kawasan yang sebelum ini tidak ditembusi kerana kesukaran untuk pemasangan wayar.

Selain pelanggan kediaman, teknologi Unifi pra-5G TDD ini juga akan meningkatkan pengalaman pelayaran internet pelanggan Unifi Mobile.

Unifi berkata mereka bersedia menawarkan teknologi ini dikawasan lain yang mempunyai keperluan dan kawasan yang tidak di akses melalui Unifi biasa.

maklumat lanjut pelan jalur lebar tanpa wayar Unifi boleh anda ketahui di SiNi

Pihak Telekom Malaysia juga telah memberikan perkembangan terkini mengenai pelan-pelan mereka :

  • 929,000 telah dinaik taraf ke unifi turbo yang menawarkan 10x ganda kelajuan tanpa sebarang caj tambahan.
  • 90% pelanggan streamyx juga telah menerima naik taraf 2x kali kelajuan secara percuma
  • 20,000 pelanggan baru Unifi telah menerima pemasangan didalam masa 24 jam selepas tempahan dibuat.
  • 49 outlet TM Point kini dibuka pada hari sabtu dan ahad
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.