Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Huawei P30 dijangka tiba ke pasaran Malaysia pada awal April – percuma Huawei Backup 1TB

Siri Huawei P30 dijangka tiba ke pasaran Malaysia pada awal April - percuma Huawei Backup 1TB 1

Telefon pintar flagship siri Huawei P30 akan dilancarkan secara rasmi lewat hari ini dan penawaran telefon pintar ini di pasaran Malaysia juga akan menyusul tidak lama selepas pelancaran.

Pasaran Malaysia dijangka akan menjadi antara negara terawal menerima telefon pintar siri Huawei P30 dan terdapat laporan yang mengatakan bahawa pelancaran akan berlangsung didalam minggu pertama bulan April.

Huawei Backup akan ditawarkan secara percuma dengan pembelian telefon pintar siri Huawei P30 di Malaysia

Pasaran Singapura telah disahkan akan menerima siri Huawei P30 pada 6 April 2019 dan pelancaran di Malaysia dijangka juga akan berada pada tarikh atau tempoh yang hampir sama.

Selain itu, Huawei Malaysia juga telah mengesahkan setiap pembelian telefon pintar siri Huawei P30 akan menerima Huawei Backup 1TB secara percuma.

Selain Huawei Backup, pelanggan yang membuat tempahan atau promosi penjualan pertama akan turut menerima pelbagai hadiah tambahan yang akan diumumkan kelak.

Majlis pelancaran siri Huawei P30 yang akan berlangsung di Paris dijangka akan bermula jam 9 malam ini dan anda boleh menontonya dibawah :

Xiaomi Redmi Note 7 akan hadir dengan waranti LazadaCare Plus secara percuma

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark 2 dengan Snapdragon 855 dan 12GB RAM akan dilancarkan di Malaysia pada 1 April 2019

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.