Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 7 akan hadir dengan waranti LazadaCare Plus secara percuma

Xiaomi Redmi Note 7 akan hadir dengan waranti LazadaCare Plus secara percuma 1

Xiaomi Redmi Note 7 yang dilancarkan di Malaysia pada minggu lalu akan mula dijual didalam masa 2 hari sahaja lagi dengan harga penjualan bermula dari serendah RM 679 sahaja.

Xiaomi Redmi Note 7 akan ditawarkan serentak di Lazada, wakil penjual sah dan Mi Store Malaysia di seluruh negara.

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja

Jika anda masih belum sedia maklum, Redmi Note 7 versi 3GB + 32GB akan ditawarkan secara eksklusif di Lazada sahaja dan dengan harga penjualan RM 679.

Xiaomi Redmi Note 7 akan hadir dengan waranti LazadaCare Plus secara percuma 2

Lazada kini telah mengumumkan anda akan menerima jaminan LazadaCare Plus dengan pembelian Redmi Note 7 melalui stor rasmi Xiaomi di Lazada.

LazadaCare Plus adalah jaminan waranti tambahan yang melindungi peranti anda daripada kejadian tidak diingini seperti skrin retak dan juga air.

Selain itu, dengan LazadaCare Plus anda juga akan menerima tambahan satu hingga dua tahun jaminan tambahan dari tarikh waranti kilang tamat (Xiaomi Redmi Note 7 hadir dengan jaminan waranti 18 bulan).

LazadaCare Plus juga menawarkan penggantian peranti baru apabilan kos pembaikan adalah lebih tinggi dari harga peranti, kerosakkan dari kilang dan pemindahan hak milik kepada orang lain.

Xiaomi Redmi Note 7 akan hadir didalam tiga versi seperti berikut :

Redmi Note 7 3GB+32GB – RM 679 (eksklusif di Lazada pada 27 Mac).

Redmi Note 7 4GB+64GB – RM 799

Redmi Note 7 4GB+128GB – RM 949

Redmi 7 kini di Malaysia dengan harga serendah RM 499 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.