Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 1

Realme Malaysia rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Realme 3 yang akan mula dijual di Malaysia pada 27 April dengan harga penjualan RM 599

Realme 3 yang dilancarkan di pasaran India sebelum ini hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik, spesifikasi dalaman yang lebih terkini namun masih mengekalkan harga penjualan yang berpatutan.

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 2

Realme 3 hadir ini dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+, pemproses MediaTek Helio P60 (Helio P70 digunakan di pasaran India) , dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB selain sokongan kad microSD sehingga 256GB.

Baca : Pandangan pertama Realme 3 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 3

Realme 3 juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 13MP  f/1.8 + 2MP dan terdapat mod kamera wakti malam yang dikenali sebagai Nightscape dan Chroma Boost.

Kamera selfie Realme 3 adalah unit 13MP dengan sokongan AI Facial Unlock dan terdapat juga sensor capjari dibelakang.

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 4

Realme 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,230mAh tanpa sebarang sokongan pengecasan pantas (plak pengecasan 10W) , UI ColorOS 6.0 dengan Android 9.0 Pie dari kotak.

Realme 3 dijangka akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam dinamik , biru dan hitam.

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 5Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 6

Realme 3 akan mula dijual secara rasmi pada  6 April 2019 melalui lebih 1,000 pengedar produk Realme di seluruh Malaysia pada harga penjualan seperti berikut :

Realme 3 3GB + 32GBRM 599

Realme 3 4GB + 64GBRM 699

Walaubagaimanapun, anda boleh menjadi antara pembeli terawal dengan membeli Realme 3 pada 27 Mac ini di Lazada yang ditawarkan khas sempena ulang tahun ke-7 Lazada dengan harga penjualan yang lebih murah iaitu RM 549 sahaja (versi 3GB+32GB).

Lawati stor Realme Malaysia di Lazada

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 7Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 8

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599 9

Realme juga telah mengumumkan bahawa 50 pembeli bertuah Realme 3 akan menerima dua bekas telefon edisi khas yang direka khas oleh Joee Cheong didalam koleksi yang dinamakan Galaxy Inspired Collection.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.