Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 1

Selepas mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran China, Redmi Note 7 akhirnya telah tiba ke pasaran Malaysia dengan reputasi sebagai antara telefon pintar mampu milik terbaik dipasaran.

Redmi Note 7 merupakan model pertama Redmi selepas menjadi satu jenama berasingan daripada syarikat Xiaomi namun Redmi masih dimiliki oleh Xiaomi.

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 2

Redmi Note 7 ini hadir dengan sensor kamera 48MP ISOCELL Bright GM1 yang dilihat sebagai antara kelebihan yang dimiliki telefon pintar ini.

Redmi Note 7 ini juga hadir dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.3-inci, ianya adalah panel LCD yang memiliki resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada rangka 84%.

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja

Selain itu, Redmi Note 7 juga hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 berkelajuan 2.2GHz, tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 4GB/128GB.

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 3

Redmi Note 7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4 melalui slot USB-C. Ianya hadir dengan plak pengecasan 5V/2A.

Tarikan terbesar Redmi Note 7 ini adalah sensor kamera 48MP ini, ianya hadir dengan teknologi Quad-Bayer yang membolehkan penghasilan imej 12MP dengan 1.6 μm piksel dan real-time HDR.

Sensor ini turut dipadankan dengan satu unit kamera 5MP yang dikhususkan untuk tugas AI dan Portrait manakala kamera swafoto adalah unit 13MP.

Redmi Note 7 ini dijangka akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan merah.

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 4

Ketika pelancaran Redmi Note 7, Xiaomi juga telah mengumumkan pelantikan Aeril Zafrel sebagai duta rasmi Redmi Note 7 di Malaysia.

Berikut adalah harga penjualan Redmi Note 7 di Malaysia dan ianya hadir dengan jaminan waranti selama 18-bulan.

Redmi Note 7 3GB+32GB – RM 679 (eksklusif di Lazada pada 27 Mac).

Redmi Note 7 4GB+64GB – RM 799

Redmi Note 7 4GB+128GB – RM 949

Redmi Note 7

Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 5Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 6Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 7Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja 7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.