Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8C dengan pemproses Snapdragon 632 tiba di Malaysia 26 Mac ini

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan satu model berpatutan ke pasaran tempatan iaitu Honor 8C.

Honor 8C telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mac ini.

Honor 8C merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Snapdragon 632 selain bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Honor 8C juga hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.26-inci, 3GB RAM, 32GB memori dalaman dan sokongan tri-SIM (dua SIM + microSD).

Bercakap mengenai kamera, Honor 8C hadir dengan dwi-kamera utama 13MP+2MP yang memiliki fotografi AI selain kamera selfie 16MP.

Honor 8C juga akan hadir dengan EMUI 8.2 berasaskan Android Oreo, sensor capjari dibelakang, mod Eye Care dan banyak lagi.

Honor 8C akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru, buat masa ini harga penjualan di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.