Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja 1

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan mampu milik didalam siri Galaxy M yang akan ditawarkan secara eksklusif secara atas talian di Shopee.

Samsung Galaxy M20 akan dijual secara rasmi sempena hari Samsung Super Brand (20 Mac 2019) di Shopee yang Galaxy M20 ini akan menjadi telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh pada harga penjualan bawah RM 1,000.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja 2

Dengan trend pembelian telefon pintar secara online yang semakin meningkat, Samsung percaya kerjasama dengan Shopee membolehkan pengguna mempunyai satu wakil penjual yang kukuh dan boleh dipercayai.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja 3

Samsung Galaxy M20 hadir dengan skrin paparan TFT Infinity-V berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Exynos 7904, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, tarikan terbesar telefon pintar terbaru Samsung Galaxy M20 ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut hadir dengan sistem pengunaan tenaga yang efisien dan teknologi pengecasan pantas 15W yang didakwa 3 kali lebih pantas berbanding pengecasan biasa dan ianya dilakukan melalui slot USB-C.

Samsung Galaxy M20 juga hadir dengn teknologi keselamatan yang menyeluruh iaitu sensor capjari dan pengecaman wajah.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja 4

Selain itu, kamera Samsung Galaxy M20 juga sesuatu yang mengagumkan iaitu tetapan dwi-kamera 13MP dengan aperture f/1.9 yang dipadankan dengan lensa lebar 5MP dengan apeture f/2.2 manakala kamera selfie adalah unit 8MP dengan aperture f/2.0.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja 5

Samsung Galaxy M20 ini akan ditawarkan pada harga RM 799 dan penjualan secara eksklusif di Shopee akan bermula pada 20 Mac tepat pada jam 9 pagi iaitu sempena Samsung Super Brand Day.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja 6

Sempena Samsung Super Brand Day pada 20 Mac ini, 100 pembeli pertama Galaxy M20 akan menerima bauchar RM 100 yang boleh digunakan di stor rasmi Samsung di Shopee (bauchar hanya boleh digunakan mulai 21 Mac  sehingga 27 Mac sejajar dengan 27.3 Shopee Mega Sale).

1,000 pembeli pertama akan menerima hadiah percuma bernilai RM 227 iaitu satu unit pembesar suara Logitech X50 dan headphone JBL 450 manakala 2,000 pembeli  berikutnya akan menerima satu unit pembesar suara Logitech X50 bernilai RM 98.

Samsung Galaxy M20 dengan bateri 5,000mAh dilancarkan pada harga RM 799 sahaja 7

Selain itu, mulai 18-22 Mac, anda juga akan menerima diskaun tambahan dengan pembelian produk Samsung mengikut kategori yang disenaraikan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.