Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A30 dan A50 dengan skrin paparan AMOLED dan bateri 4,000mAh kini di Malaysia pada harga dari RM 799 sahaja

Susulan pelancaran Samsung Galaxy M20 awal hari ini, Samsung telah memperkenalkan dua lagi model telefon pintar mampu milik didalam siri Galaxy A iatu Galaxy A30 dan Galaxy A50 yang masing-masing hadir dengan harga penjualan RM 799 dan RM 1,199.

Galaxy A30 dan Galaxy A50 memasuki pasaran Malaysia secara rasmi selepas membuat penampilan sulung di MWC hujung bulan lalu.

Samsung Galaxy A30

Samsung Galaxy A30 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.4-inci, pemproses Exynos 7904, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan Samsung One UI yang berasaskan Android Pie.

Selain itu, Galaxy A30 hadir dengan kamera utama 16MP+5MP, kamera selfie 16MP, bateri, berkapasiti 4,000mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W yang dibuat melalui slot USB-C.

Samsung Galaxy A50

Samsung Galaxy A50 juga hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.4-inci, pemproses Exynos 9610, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman, sensor capjari terbina pada skrin dan Samsung One UI yang berasaskan Android Pie.

Samsung Galaxy A50 juga hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu 25MP+8MP+5MP, kamera selfie 25MP f/2.0 dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W yang dibuat melalui slot USB-C.

Seperti yang kami maklumkan di atas, Samsung Galaxy A30 hadir dengan harga penjualan RM 799 manakala Samsung Galaxy A50 pula memiliki harga penjualan RM 1,199 dan pembelian kini sudah boleh dibuat di kedai atas talian rasmi Samsung dan juga stor fizikal Samsung.

Kedua-dua telefon pintar siri Galaxy A ini akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.