Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei berjaya menjual 10 juta unit Siri Huawei Mate 20 dalam masa 5 bulan

Ketua pegawai eksekutif Huawei, Richard Yu telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Huawei Mate 20 telah berjaya mencapai angka penjualan 10 juta unit.

Pencapaian angka 10 juta unit bagi siri Huawei Mate 20 ini berjaya dilakukan didalm masa 5 bulan selepas ianya mula dijual pada bulan November tahun lalu.

Pencapaian ini adalah sama seperti yang dicapai oleh keluarga Huawei P20 yang mana penjualan 10 juta unit berjaya dicapai didalam masa 5 bulan selepas penjualan bermula.

Model paling premium didalam siri ini iiatu Huawei Mate 20 Pro juga telah menangi anugerah telefon pintar terbaik GLOMO di MWC tahun ini.

Selain itu, minggu lalu Huawei Malaysia juga telah mengumumkan bahawa Huawei Mate 20 Pro kini hadir dengan tag baru iaitu RM 2,999 sahaja yang mana ianya adalah RM 600 lebih murah berbanding harga penjualan ketika pelancaran.

Huawei Mate 20 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,999

Richard juga berkata tahun 2019 dijangka akan menjadi satu lagi tahun yang menyaksikan Huawei bersaing diperingkat tertinggi pasaran telefon pintar global.

Dua lagi model didalam keluarga Huawei 20 iaitu Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20X masing-masing dijual pada harga RM 2,399 dan RM 3,199 di Malaysia.

Huawei P30 Dan Huawei P30 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac 2019

Huawei Backup akan ditawarkan secara percuma dengan pembelian telefon pintar siri Huawei P30 di Malaysia

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.