Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo V15 Pro pada bayaran bulanan serendah RM 22 melalui pelan Digi Postpaid

Telefon pintar selfie yang terhangat di pasaran iaitu Vivo V15 Pro telah mula dijual di Malaysia pada harga RM 1,799.

Vivo V15 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,799

Jika anda telah menunggu untuk penawaran daripada syarikat telekomunikasi, Vivo Malaysia kini telah mengesahkan bahawa anda boleh memiliki Vivo V15 Pro daripada Digi dengan bayaran serendah RM 22 sebulan.
Dengan melanggan pelan Digi Postpaid anda boleh memiliki telefon pintar Vivo V15 Pro ini pada bayaran bulanan serendah RM 22 bersama-sama bayaran pelan postpaid anda.

Sebanyak 4 jenis pelan Digi Postpaid ditawarkan dan ianya adalah seperti pada carta dibawah :

Selain itu, Dengan pembelian Vivo V15 Pro melalui pelan DIGI Postpaid ini, anda juga akan menerima langganan PhoneFreedom 365 yang hadir dengan pembayaran pendahulan RM 0, 0% kadar faedah dan percuma pelan perlindungan Digi SHIELD.

Bercakap mengenai Vivo V15 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan the Ultra FullView Super AMOLED berukuran 6.3-inci dengab nisbah skrin kepada badan 91.64%, pemproses Qualcomm Snapdragon 675, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Kamera selfie pop-up Vivo V15 Pro adalah sensor 32MP berbanding sensor 8MP yang digunakan pada Vivo NEX manakala pada bahagian belakang, terdapat sensor kamera utama 48MP, satu sensor lensa lebar 8MP dengan FOV sehingga 120 darjah dan kamera depth 5MP yang turut mempunyai sokongan tambahan seperti AI Body Shaping.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin yang kini memasuki generasi ke-5, UI Funtouch OS 9 yang berasaskan Android 9.0 Pie selain mod game yang dikenali sebagai Game Mode 5.0 yang meningkatkan prestasi ketika permainan video.

Selain itu, Vivo V15 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang hadir dengan pengecasan pantas ‘dual enginge’ yang memberikan kadar pengecasan dari 0% ke 24% didalam masa 15 minit sahaja (pengecasan masih melalui slot MicroUSB).

Vivo V15 Pro yang hadir dengan reka bentuk Spectrum Ripple Design ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru topaz dan merah koral.

Vivo telah mencatatkan peningkatan penjualan sebanyak 60% di Malaysia

maklumat lanjut di Digi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.