Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy M akan dijual di Malaysia secara online sahaja

Siri Samsung Galaxy M akan dijual di Malaysia secara online sahaja 1

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Galaxy M akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Selain itu, siri Samsung Galaxy M akan menjadi model telefon pintar pertama Samsung Malaysia yang dijual secara eksklusif di atas talian sahaja.

Siri Samsung Galaxy M akan dijual di Malaysia secara online sahaja 2

Buat masa ini Samsung tidak memgumumkan model Galaxy M yang akan ditawarkan di Malaysia namun kita mungkin menyaksikan tiga model Galaxy M diperkenalkan iaitu Galaxy M10, Galaxy M20 dan Galaxy M30.

Bercakap mengenai reka bentuk, kesemua model didalam siri Galaxy M ini akan hadir dengan panel skrin teardrop atau Infinity-V seperti yang dinamakan oleh Samsung dengan saiz skrin adalah 6.0-inci bagi M10, 6.13-inci bagi M20 dan 6.3-inci bagi M30.

Siri Samsung Galaxy M akan dijual di Malaysia secara online sahaja 3

Selain itu, kesemua model didalam siri baru ini dijangka akan memiliki tetapan dwi-kamera lensa lebar, bateri berkapasiti 3,400-5,000mAh, pengecasan pantas melalui slot USB-C, pemproses Exynos dan banyak lagi.

Harga penjualan siri Galaxy M dijangka lebih berpatutan dan penjualan secara atas talian sahaja mungkin merendahkan lagi kos telefon pintar ini.

pendaftaran minat boleh di buat di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.