Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo iQOO dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM

Selepas hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, anak syarikat Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar khas gaming iQOO yang hadir dengan pemproses flagship Snapdragon 855.

iQOO hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.41-inco yang memberikan nisbah skrin kepada badan 91.47%, pemproses Snapdragon 855 yang dipadankan dengan GPU Adreno 640, empat kapasiti RAM dan memori dalaman iaitu 6GB/128GB, 8GB/128GB, 8GB/256GB dan versi monster yang memiliki 12GB RAM dan 256GB.

Selain itu, iQOO juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas SuperFlash Charge 44W (versi 6GB hanya hadir dengan pengecasan pantas 22.5W), penyejukan cecair, butang khas sisi untuk gaming,  kesan bunyi 4D dan mod elite gaming.

Beralih kepada kamera, walaupun fokus utama adalah gaming, iQOO juga merupakan telefon pintar serba lengkap dari segi fotografi, ianya memiliki tiga kamera iaitu sensor utama 12MP f/1.79, sensor lebar ultra 13MP dan sensor kedalaman 2MP selain kamera selfie 12MP.

iQOO juga memiliki sokongan NFC, sensor capjari bawah skrin, Funtouch OS9 berasaskan Android Pie dan teknologi AI Turbo yang beralih ke rangkaian 4G apabila WiFi tidak kuat.

iQOO hadir dengan harga penjualan seperti berikut :

iQOO 6GB/128GB – CNY 2,998 (RM 1,821)

iQOO 8GB/128GB – CNY 3,298 (RM 2,003)

iQOO 8GB/256GB – CNY 3,598 (RM 2,186)

iQOO 12GB/256GB – CNY 4,298 (RM 2,611)

Buat masa ini masih belum ada maklumat penjualan antarabangsa bagi telefon pintar iQOO ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.