Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro dengan sensor kamera 48MP tiba di Malaysia bulan ini

Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru Oppo didalam siri F iaitu F11 Pro akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Oppo F11 Pro akan hadir dengan ciri kamera flagship dengan sensor 48MP + 5MP dibahagian belakang manakala pada bahagian hadapan, tetapan kamera selfie terangkat dengan resolusi yang masih belum diketahui.

Selain itu, Oppo F11 Pro juga akan hadir dengan skrin paparan panoramic berukuran 6.5-inci, pemproses Helio P70, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0.

Oppo F11 Pro akan dilancarkan secara rasmi di pasaran India pada 5 Mac ini sebelum memasuki pasaran Malaysia bulan ini.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat harga telefon pintar ini diketahui.

Comments

comments