Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 4e akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Pelancaran telefon pintar siri Huawei P30 telah disahkan akan berlangsung pada 26 Mac ini namun Huawei Malaysia dilihat juga bakal melancarkan Nova 4e ke pasaran Malaysia.

Pengesahan ini telah dikeluarkan oleh Directd yang merupakan antara penjual telefon pintar terkemuka di Malaysia.

Bagi anda yang tidak tahu, versi Lite model flagship Huawei kebiasaanya hadir dibawah jenama Nova di Malaysia dan Huawei Nova 4e dikatakan sebagai Huawei P30 Lite.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai Huawei Nova 4e ini diketahui namun ianya akan hadir dengan kamera selfie 32MP yang sama seperti Vivo V15 Pro yang dilancarkan di Malaysia minggu lalu

Selain itu, Huawei Nova 4e dijangka akan hadir dengan reka bentuk skrin titisan air, pemproses Kirin 710,  bateri berkapasiti 3,240mAh dan sensor capjari.

Bercakap mengenai kamera utama pula, Huawei Nova 4e akan dilengkapi dengan tetapan tiga kamera AI.

Buat masa ini masih belum ada sebarang tarikh penjualan Huawei Nova 4e ini di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.