Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,999

Huawei Mate 20 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,999 1

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Huawei Mate 20 Pro kini akan ditawarkan pada harga RM 2,999 berbanding harga penjualan rasmi sebelum ini iaitu RM 3,599.

Huawei Mate 20 Pro merupakan telefon pintar flagship terbaru Huawei yang dilancarkan tahun lalu dan kehebatan telefon pintar ini terbukti dengan memenangi anugerah telefon pintar terbaik MWC 2019 yang baru sahaja berakhir dua hari lalu.

Huawei Mate 20 Pro dengan harga penjualan RM 2,999 ini adalah versi 6GB + 128GB dan tidak seperti sebelum ini, pengecasan tanpa wayar juga tidak akan disertakan (namun stor online Huawei masih menawarkanya dengan pengecasan tanpa wayar).

Huawei Mate 20 Pro ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu emerald hijau, twillight dan hitam.

Huawei Mate 20 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,999 2

Pembelian Huawei Mate 20 Pro pada harga penjualan baru ini boleh dibuat secara online di stor atas talian rasmi Huawei, wakil penjual sah dan juga syarikat telko.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Huawei Mate 20 Pro, ini adalah waktu terbaik namun jika anda ingin mendapatkan generasi terbaru Huawei P30, anda harus perlu menunggu beberapa minggu sahaja lagi kerana Siri Huawei P30 akan dilancarkan pada 26 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.