Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ibu pejabat Razer Malaysia dibuka secara rasmi dengan usaha mempercepatkan pertumbuhan esukan

Ibu pejabat Razer Malaysia dibuka secara rasmi dengan usaha mempercepatkan pertumbuhan esukan 1

Syarikat gaming terkemuka dunia, Razer secara rasminya telah membuka ibu pejabat mereka di Malaysia dengan tujuan utama untuk membangunkan industri eSukan di Malaysia selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hub eSukan di Asia Tenggara.

Ibu pejabat Razer Malaysia dibuka secara rasmi dengan usaha mempercepatkan pertumbuhan esukan 2

Majlis pembukaan ibu pejabat Razer Malaysia ini juga telah dihadiri oleh YB Lim Guan Eng, menteri kewangan Malaysia dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahma, menteri belia dan sukan Malaysia.

Ibu pejabat Razer Malaysia dibuka secara rasmi dengan usaha mempercepatkan pertumbuhan esukan 3

Sebagai permulaan, ibu pejabat terbaru Razer ini akan mempunyai sebanyak 280 kakitangan dan ianya terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Ibu pejabat Razer Malaysia dibuka secara rasmi dengan usaha mempercepatkan pertumbuhan esukan 4

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Razer, Min-Liang Tan berkata Razer akan melakukan pelaburan di Malaysia sebagai usaha terbaru Fintech di Asia Tenggara dan Malaysia juga dilihat sebagai batu loncatan untuk industri Fintech di rantau ini.

Malaysia juga merupakan pasaran pertama didunia untuk menerima Razer Pay beberapa bulan lalu dengan hampir 500,000 pendaftaran didalam masa seminggu selepas pelancaran.

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini

Selain itu, Razer juga akan menawarkan pelbagai tawaran menarik melalui aplikasi ini seperti bauchar 7-Eleven bernilai RM 5 dan kupon Kenny Rogers Roasters bernilai RM 10 manakala UMobile akan mengadakan peraduan mingguan yang membolehkan anda memenangi hadiah menarik seperti Razer Phone 2.

Ibu pejabat Razer Malaysia dibuka secara rasmi dengan usaha mempercepatkan pertumbuhan esukan 5

Selain itu, Razer juga akan berkerjasama dengan kumpulan UOA untuk mendigitalkan sistem pembayaran tempat letak kereta pada aplikasi Razer Pay yang membolehkan pengguna membayar secara terus di aplikasi tanpa perlu menggunakan mesin autopay.

Selain itu, kedai-kedai di Bangsar South juga akan mula menerima aplikasi Razer Pay dan akan terdapat tawaran dan penjualan istimewa bagi pengguna Razer Pay dari semasa ke semasa.

Ibu pejabat Razer Malaysia dibuka secara rasmi dengan usaha mempercepatkan pertumbuhan esukan 6

Razer juga akan menjadi rakan esukan rasmi sukan SEA 2019 selain menjadi rakan sokongan pasukan Malaysia didalam sukan esukan yang akan menawarkan enam pingat emas di Sukan SEA 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.