Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan hadiah percuma sempena kempen penjualan Honor Pay Day Sale

Honor Malaysia telah mengumumkan satu kempen penjualan istimewa Honor Pay Day Sale mulai 25 Februari sehingga 3 Mac ini.

Honor Pay Day Sale membolehkan anda memiliki mana-mana model telefon pintar Honor bersama-sama hadiah menarik yang tidak patut anda lepaskan.

Dengan pembelian Honor 8X (RM949) didalam warna hitam, anda akan menerima Honor Band 3 dan hadiah eksklusif Honor bernilai RM 119.

Selain itu, dengan pembelian Honor 10 Lite versi 3GB/32GB (RM 699) atau versi 4GB/64GB (RM 799), anda akan menerima botol gelas HONOR selain beg kembara boleh lipat Honor.

Telefon pintar kelas flagship terbaru Honor iaitu View 20 yang dilancarkan baru-baru ini turut terlibat didalam kempen penjualan Honor Pay Day Sale ini.

Bagi pembelian Honor View20 pula, anda akan menerima Honor Band 4 bernilai RM 149 secara percuma dan hadiah percuma ini akan diterima dengan pembelian versi 6GB/128GB (RM 1,999) atau 8GB/256GB (RM 2,499).

Selain itu, dengan pembelian Honor Band 4 (RM 149) atau Honor Band 4 Running (RM 79), anda akan menerima bauchar hihonor bernilai RM 30 secara percuma (hanya boleh digunakan dengan pembelian minima RM 1000).

Selain itu, Honor Play pula akan ditawarkan pada harga RM 999 manakala Honor Band 3 hadir dengan harga RM 89.

Promosi Honor Pay Day Sale ini hanya berlangsung secara eksklusif di hihonor.com/my

Tawaran menarik seperti ini mungkin tidak lagi kembali dan jika anda berminat, anda boleh mendapatkanya sekarang di stor rasmi atas talian Honor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.