Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S10+ diktiraf DxOmark sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik didunia

Samsung Galaxy S10+ diktiraf DxOmark sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik didunia 1

Telefon pintar Samsung Galaxy S10+ yang dilancarkan bersama-sama Galaxy S10e dan Galaxy S10 merupakan telefon pintar flagship pertama Samsung untuk hadir dengan tetapan dwi-kamera selfie selain tetapan tiga kamera dibelakang.

Selepas pelancaran kami tertanya-tanya mengenai apakah kedudukan telefon pintar ini pada ujian kamera yang dilakukan oleh DxOMark.

Samsung telah mengesahkan bahawa Galaxy S10+ telah berjaya merampas kedudukan pertama sebagai telefon pintar dengan kamera selfie terbaik pernah diuji oleh DxOMark dengan 96 mata.

Selain itu, Samsung Galaxy S10+ telah mengambil alih tempat pertama kedudukan keseluruhan DxOMark dengan 109 mata iaitu sama dengan Huawei P20 Pro.

Bagi anda yang berminat, tempahan bagi Samsung Galaxy S10, S10e dan Galaxy S10+ kini telah dibuka di Malaysia dengan harga serendah RM 2,699.

Buat masa ini kedudukan DxOMark bagi Galaxy S10, Galaxy S10e dan masih belum diketahui.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.