Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699 1

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Galaxy S terbaru mereka yang kini memasuki generasi ke-10.

Tiga model Samsung Galaxy S10 yang diperkenalkan adalah Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Samsung memperkenalkan skrin paparan Dynamic AMOLED pada Siri Galaxy S10 dan ianya telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan sokongan HDR10+.

Selain itu, kesemua model Samsung Galaxy S10 ini hadir dengan skrin paparan dengan reka bentuk takukan Infinity-O.

Selain itu, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ pula hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin ultrasonik yang tepat dan telah mendapat pengiktirafan FIDO.

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699 2

Bercakap mengenai Samsung Galaxy S10+ yang merupakan model paling premium antara tiga model ini, ianya hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED berukuran 6.4-inci yang mempunyai resolusi 1440p+, pemproses Snapdragon 855 atau Exynos 9820 bergantung kepada pasaran, 8GB RAM, 128GB memori dalaman dan terdapat varian premium yang memiliki 12GB RAM dan 1TB memori dalaman.

Bercakap mengenai kamera, Samsung Galaxy S10+ hadir dengan tetapan tiga kamera dibahagian belakang dimana dua daripada sensor ini hadir dengan resolusi 12MP namun dengan jenis sensor yang berlainan iaitu sensor utama dengan pemfokusan Dual Pixel dan OIS dengan apeture berubah antara f/1.5 atau f/2.4, sensor telefoto dengan OIS dan PDAF selain sensor lensa lebar 16MP dengan FOV 123°.

Pada bahagian hadapan, Galaxy S10+ hadir dengan kamera selfie dwi-sensor iaitu 10MP+8MP dengan kebolehan merakam video 4K.

Samsung Galaxy S10+ juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,100mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas Samsung Adaptive Fast Charge 15W dan pengecasan pantas tanpa wayar 2.0.

Galaxy S10+ juga hadir dengan mod pengecasan terbalik membolehkan anda mengecas peranti lain secara terus tanpa wayar dan ianya turut boleh berfungsi sebagai pad pengecasan peranti lain.

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699 3

Bercakap mengenai Samsung Galaxy S10 pula, ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dengan saiz skrin Dynamic AMOLED berukuran 6.1-inci , sensor capjari ultrasonik dan satu kamera selfie 10MP manakala kamera utama dibelakang adalah sama seperti Galaxy S10+.

Galaxy S10 hadir dengan 8GB RAM dan 128GB memori dalaman dengan sokongan kad microSD sehingga 512GB dan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan sokongan pengecasan yang sama seperti versi +.

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699 4

Samsung Galaxy S10e pula hadir dengan reka bentuk skrin leper namun masih menggunakan panel Dynamic AMOLED berukuran 5.8-inci dengan resolusi 1080p+ dan sokongan HDR10+. Sensor capjari Galaxy S10e adalah pada bahagian sisi dan bukanya ultrasonik.

Pada bahagian belakang, Galaxy S10e hanya memiliki teknologi dwi-kamera 12MP+ 16MP sensor lensa lebar ultra manakala kamera selfie adalah 10MP sama seperti Galaxy S10.

Samsung Galaxy S10e hadir dengan kapasiti 6GB/128GB atau 8GB/256GB, bateri 3,100mAh yang menyokong kesemua mod pengecasan seperti dua model lain.

Kesemua model Galaxy S10 ini juga hadir dengan pembesar suara stereo yang ditala oleh AKG Dan Dolby Atmos, penyejukan cecair pensijilan kalis air IP68 dan optimasi gaming khas.

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699 5

Tempahan kesemua model Samsung Galaxy S10 ini akan dibuka mulai esok 22 Februari tepat jam 10 pagi sehingga 28 Februari dengan harga penjualan seperti berikut :

Samsung Galaxy S10e – 6GB/128GB – RM 2,699

Samsung Galaxy S10 – RM 3,299

Samsung Galaxy S10+ 128GB- RM 3,699

Samsung Galaxy S10+ 512GB – RM 4,599

Tempahan boleh dibuat di Sini

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,699 6

Setiap tempahan akan turut menerima hadiah percuma menarik antaranya adalah Samsung Galaxy Watch 42mm.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.