Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM 1

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Xiaomi secara rasmiya telah melancarkan telefon pintar utama mereka bagi tahun 2019 iaitu Xiaomi Mi 9 yang merupakan telefon pintar pertama Xiaomi dengan teknologi tiga kamera.

Xiaomi Mi 9 hadir dengan skrin paparan Waterdrop Super AMOLED 1080p+ berukuran 6.39-inci yang hadir dengan nisbah skrin kepada badan 90.7% yang mempunyai kecerahan maksima 600nits. Skrin ini turut hadir dengan mod gelap yang mampu menjimatkan bateri sehingga 84% dan mod always on yang kini mempunyai warna.

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM 2

Panel hadapan Xiaomi Mi 9 hadir dengan perlindungan gelas keselamatan Corning Gorilla 6 manakala pada panel belakang ianya hanya hadir dengan panel gelas Corning Gorilla 5 manakala setiap lensa kamera hadir dengan gelas sapphire.

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM 3

Xiaomi Mi 9 hadir dengan sensor utama 48MP Sony IMX586 yang hadir dengan teknologi Quad Bayer Filter + kamera lensa lebar 16MP dengan FOV 117° yang membolehkan anda mengambil gambar macro pada jarak hanya 4cm dan kamera telefon 2x 12MP dengan aperture f/2.2. ( tempat ketiga di rangking DxOMark dengan 107 mata).

Mi 9 juga hadir dengan kamera selfie 20MP dan dibeberapa pasaran akan turut hadir dengan sokongan pengecaman wajah berasaskan AI yang turut mempunyai fungsi untuk mengurangkan kekaburan ketika pengambilan gambar.

Selain itu, Xiaomi Mi 9 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas yang dikenali sebagai Charge Turbo yang mampu mengecas peranti pada kadar 27W namun pada kotak pengecasan ianya hanya hadir dengan pengecas 18W.

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM 4

Selain itu, terdapat juga sokongan pengecasan pantas sehingga 20W yang turut hadir dengan pengecas 27W dan pengecas tanpa wayar 20W pada kereta juga akan ditawarkan. Teknologi pengecasan pantas Turbo Charge Xiaomi ini juga telah mendapat pensijilan TÜV namun sedikit mengecewakan adalah kapasiti bateri Mi 9 hanyalah 3,300mAh.

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM 5

Xiaomi Mi 9 hadir dengan pemproses kelas flagship terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 855 dan ianya dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM, memori simpanan dalaman128GB, mod Game Turbo untuk pengalaman gaming yang lebih lancar, sensor capjari terbina pada skrin, sokongan Google Pay melalui NFC, GPS dwi-frekuensi dan sensor IR.

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM 6

Selain itu, Xiaomi Mi 9 akan turut hadir didalam versi lutsinar yang memberikan kemasan grafik komponen dalaman dan ianya hadir dengan 12GB RAM dan 256GB memori dalaman selain lensa camera dengan aperture f/1.7 (mungkin eksklusif untuk pasaran China sahaja).

Xiaomi Mi 9 dilancarkan secara rasmi dengan teknologi tiga kamera, Snapdragon 855 dan sehingga 12GB RAM 7

Xiaomi Mi 9 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Violet, Biru dan Hitam dengan harga penjualan seperti berikut :

Xiaomi Mi 9 6GB/128GB – CNY 2,999 – RM 1,815
Xiaomi Mi 9 8GB/128GB – CNY 3,299 – RM 1,997
Xiaomi Mi 9 12GB/256GB – CNY 3,999 – RM 2,420

Xiaomi Mi 9 bagi pasaran global akan dilancarkan di Mobile World Congress pada 24 Februari ini dan kita akan mengetahui spesfikasi Mi 9 yang akan ditawarkan di Malaysia kelak.

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.