Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bagaimana kamera selfie tersembunyi pertama didunia telah mengubah reka bentuk telefon pintar pada tahun 2018

Vivo Malaysia telah memuat naik satu video teaser di akaun rasmi mereka yang menunjukkan bahawa Dato Sri Siti Nurhaliza telah memberikan pengesahan rasmi bahawa telefon pintar siri Vivo V15 ( Vivo V15 dan Vivo V15 Pro ) akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Menurut video teraser ini lagi, telefon pintar siri Vivo V15 ini akan hadir dengan skrin paparan Ultra FullView yang sama seperti Vivo NEX yang dilancarkan ke pasaran Malaysia sebelum ini.

Lebih menarik, telefon pintar terbaru Vivo ini akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan kamera selfie tersembunyi dengan resolusi 32MP.

Tahun 2018 adalah tahun yang sangat bermakna bagi pasaran telefon pintar dan Vivo telah meninggalkan catatan sejarah dengan menjadi syarikat pertama untuk memecah tradisi telefon pintar Notch dengan memperkenalkan telefon pintar Ultra FullView yang hadir tanpa sebarang takukan.

Vivo juga telah menjadi perintis kepada telefon pintar dengan kamera tersembunyi ala periskop apabila telefon pintar konsep Vivo APEX diperkenalkan di Mobile World Congress 2018 sebelum model komersial di lancarkan dibawah nama Vivo NEX.

Teknologi kamera selfie tersembunyi merupakan satu kamera periskop yang akan menyusur keluar apabila mod kamera selfie dipilih dan akan kembali termendap apabila pengguna keluar dari mod selfie ini.

Vivo V15 yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi akan menjadi telefon pintar kelas pertengahan yang memiliki teknologi kamera kelas flagship ini.

Untuk membuktikan ketahanan dan kekuatan kamera selfie unik Vivo ini, Vivo telah melakukan ujian ketahanan pada kamera selfie tersembunyi Vivo NEX.

Vivo APEX dan NEX telah menulis semula sejarah telefon pintar dengan secara terus menerus menghapuskan pengunaan takukan dan hadir dengan penyelesaian pintar.

Dengan teknologi yang menggagumkan kini satu realiti, adakah tahun 2019 akan menjadi ‘year of the pop-up camera’ sementara telefon pintar siri Vivo V15 mendominasi pasaran kelas pertengahan dengan teknologi kamera selfie kelas flagship.

Comments

comments