Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Promosi Valentines Day Huawei – penjualan kilat dengan diskaun sehingga 55%, cabutan bertuah, penghantaran percuma dan hadiah percuma

Sempena hari valentines yang bakal tiba, Huawei Malaysia telah mengumumkan promosi eksklusif di stor atas talian Huawei yang memberikan lebih banyak ganjaran yang membolehkan anda meraikan hari istimewa ini dengan lebih bermakna.

Antara promosi menarik yang ditawarkan adalah Huawei Nova 4 yang kini dibuka untuk tempahan pada harga RM 1,899 dengan hadiah eksklusif bernilai RM 450 untuk dimenangi dengan setiap tempahan (sehingga 13 Februari).

Lebih menarik dengan pembelian mana-mana model siri Huawei Mate 20 (RM 2,399), Huawei Mate 20 Pro (RM 3,599) atau Huawei Mate 20X (RM 3,199) anda akan menerima bauchar makan malam di Westin, Kuala Lumpur, pengecas tanpa wayar Huawei CP60, pengecas dalam kereta Huawei AP38 dan tripod (terhad kepada 50 set sahaja).

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini di stor HuaweiOnlineStore

Selain itu, dengan pembelian Huawei Y Max (RM 1,299) atau Huawei Y Max (RM 999), anda akan menerima bekas Huawei Y Max, bauchar Huawei Online Stor bernilai RM 50, botol gelas dan soket pop premium (terhad kepada 300 set).

 

Selain itu, Huawei juga akan mengadakan penjualan kilat pada 13-15 Februari (tepat pada pukul 12 tengahari) yang membolehkan anda memiliki aksesori serendah RM 11 selain telefon pintar Huawei dengan diskaun sehingga RM 700.

Tidak setakat itu, Huawei turut menawarkan penghantaran percuma bagi semua pembelian di stor atas talian rasmi Huawei pada 12-15 Februari  selain satu cabutan bertuah mudah yang membolehkan anda memenangi pelbagai bauchar menarik. Peraduan ini dibuka untuk semua dan anda boleh menyertainya di – SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.