Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pakej bundle Honor 10 Lite menawarkan penjimatan sehingga RM 236

Honor 10 Lite merupakan telefon pintar pertama Honor bagi tahun 2019 dan ianya juga hadir sebagai satu calon untuk anda menghadiahkan kepada kekasih dan diri anda sempena tahun baru mahupun hari valentines.

Untuk itu, Honor Malaysia telah mengumumkan penawaran pakej bundle Honor 10 Lite yang memberikan anda penjimatan sehingga RM 269 bagi pembelian satu unit Honor 10 Lite versi 3GB/32GB (RM 749), satu versi 3GB/64GB (RM 799) dan dua jam Honor Band 4 Running (RM 79 setiap satu).

ULASAN : Honor 10 Lite – telefon pintar bajet dengan Android Pie dan skrin dew drop

Pakej ini ditawarkan pada harga RM 1,437 sahaja berbanding nilai asal RM 1,706.

Pakej bundle ini hanya akan ditawarkan selama 3 hari sahaja iaitu dari 12 Februari sehingga 14 Februari dan ianya akan hadir didalam warna biru (versi 3GB/32GB) dan warna merah (versi 3GB/64GB) selain Honor Band 4 Running didalam warna hijau dan merah.

Pembelian pakej bundle Honor 10 Lite ini boleh dibuat secara ekslusif di hihonorcom sahaja.

Selain itu, mulai 4 Februari sehingga 14 Februari 2019, Honor Malaysia akan turut menawarkan hadiah percuma bagi pembelian model-model telefon pintar Honor yang terpilih.

Hadiah percuma yang ditawarkan adalah seperti pada jadual dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.