Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 7 akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Mac dengan 18 bulan waranti pada harga bawah RM1K

Redmi Note 7 akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Mac dengan 18 bulan waranti pada harga bawah RM1K 1

Telefon pintar pertama Redmi iaitu Redmi Note 7 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysian pada bulan Mac dan ianya akan turut hadir dengan jaminan waranti 18-bulan seperti di pasaran China.

Pengesahan ini telah diberikan oleh Directd dan jika anda tertanya-tanya mengenai status model ini, ianya adalah set rasmi Malaysia yang hadir dengan jaminan daripada Xiaomi Malaysia.

Redmi Note 7 akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Mac dengan 18 bulan waranti pada harga bawah RM1K 2

Redmi Note 7 ini hadir dengan sensor kamera 48MP ISOCELL Bright GM1 yang dilihat sebagai antara kelebihan yang dimiliki telefon pintar ini.

Redmi Note 7 ini juga hadir dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.3-inci, ianya adalah panel LCD yang memiliki resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada rangka 84%.

Selain itu, Redmi Note 7 juga hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 berkelajuan 2.2GHz, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB (versi 6GB/64GB mungkin tidak ditawarkan di Malaysia).

Redmi Note 7 akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Mac dengan 18 bulan waranti pada harga bawah RM1K 3

Redmi Note 7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4 melalui slot USB-C. Ianya hadir dengan plak pengecasan 5V/2A.

Tarikan terbesar Redmi Note 7 ini adalah sensor kamera 48MP ini, ianya hadir dengan teknologi Quad-Bayer yang membolehkan penghasilan imej 12MP dengan 1.6 μm piksel dan real-time HDR.

Sensor ini turut dipadankan dengan satu unit kamera 5MP yang dikhususkan untuk tugas AI dan Portrait manakala kamera swafoto adalah unit 13MP.

Redmi Note 7 akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Mac dengan 18 bulan waranti pada harga bawah RM1K 4

Redmi Note 7 ini dijangka akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu biru, emas dan hitam.

Harga penjualan Redmi Note 7 di Malaysia masih belum diketahui namun harga bagi pasaran China adalah seperti berikut :

Redmi Note 7 3GB/32GB – CNY 999 – RM 602

Redmi Note 7 4GB/64GB – CNY 1,199 – RM 722.

Pendaftaran minat bagi Redmi Note 7 kini telah dibuka dan anda boleh berbuat demikian di pautan dibawah :

Pendaftaran minat Redmi Note 7 Directd

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.