Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba gaming terbaru MSI kini ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia

Pengeluar komputer riba gaming terkemuka dunia, MSI telah melancarkan beberapa komputer riba gaming yang tampil dengan kad grafik generasi baru NVIDIA GeForce RT yang meletakkan komputer riba terbaru MSI ini sesuatu yang wajib dimiliki oleh kaki gamers diluar sana.

Siri RTX20 adalah kad grafik generasi terkini untuk gaming yang hadir dengan prestasi ekstrim dan telah dipasangkan pada komputer riba MSI yang nipis dan ringan.

Stor rasmi MSI di Shopee – https://shopee.com/MSI

Sehubungan dengan itu, Shopee Malaysia telah menerima hak penjualan dan pelancaran komputer riba terbaru MSI ini di Malaysia dan tempahan akan bermula jam 10 malam ini (29 Januari).

Dua model komputer riba gaming MSI yang akan dibuka untuk tempahan adalah MSI GL63 8SE-098MY yang ditawarkan pada harga RM 6,299 dan MSI GE75 Raider 8SF yang bernilai  dari RM 9,599.

Setiap pembelian produk MSI di stor rasmi MSI di Shopee akan menerima satu figurin MSI dan rebat sehingga RM 200.

Promosi daripada Shopee ini akan tamat pada 3 Februari 2019.

Maklumat spesifikasi dan model-model komputer riba terbaru MSI yang ditawarkan di Shopee boleh anda ketahui di SiNi 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.