Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Watch Magic turut dilancarkan dengan harga RM 599 sahaja

Selain pelancaran telefon pintar utama Honor View 20, Honor telah turut melancarkan jam pintar Honor Watch Magic yang hadir dengan harga penjualan serendah RM 599 sahaja.

Honor View 20 dilancarkan secara rasmi dengan skrin paparan All View dan sensor kamera 48MP dengan harga dari RM 1,999

Honor Watch Magic hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Huawei Watch GT yang diperkenalkan bersama-sama telefon pintar siri Huawei Mate 20 penghujung tahun lalu.

Honor Watch Magic hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.2-inci , sokongan kalis air 50ATM ( kedalam 50 meter dan kebolehan mengesan corak renangan, sensor degupan jantung 24-jam, teknologi 3 satelite Glonass + GPS + Galilleo, bateri 178mAh yang dikatakan mampu bertahan selama 7 hari dan teknologi Huawei TrueSeen 3.0.

Selain itu, Jam pintar ini turut hadir didalam reka bentuk feminin yang dikenali sebagai Huawei Watch Dream.

Huawei Watch Magic akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 26 Januari ini dengan harga penjualan RM 599 dan pembelian boleh dibuat di laman hihonor atau di roadshow Honor di 1Utama pada 26 Januari ini.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkanya secara percuma dengan pembelian Honor View 20

namun tawaran ini terhad bagi pembeli terawal di roadshow Honor pada 26 Januari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.