Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View 20 dilancarkan secara rasmi dengan skrin paparan All View dan sensor kamera 48MP dengan harga dari RM 1,999

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas flagship 2019 mereka iaitu Honor View 20 yang merupakan versi global Honor V20 yang telah dilancarkan dipasaran China bulan lalu.

Honor View 20 menjadi telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan panel skrin berlubang untuk modul kamera dan ini merupakan detik peralihan skrin dengan takukan.

Bercakap mengenai skrin paparan Honor V20 ini, ianya hadir dengan skrin paparan LCD All-View berukuran 6.4-inci dengan resolusi 1080p dan nisbah 19:25:9.

Honor View 20 juga hadir dengan reka bentuk panel belakang ‘nano-texture’ yang pertama kali digunakan yang memberikan kemasan yang sangat berkilau dan akan kelihatan bentuk “V” apabila terkena cahaya pada sudut yang berbeza.

Beralih kepada spesifikasi dalaman pula, Honor View 20 hadir dengan pemproses Kirin 980 yang merupakan pemproses 7nm pertama didunia dan ianya dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM dengan kapasiti memori dalaman adalah 128GB atau 256GB.

Panel skrin Honor Veiw 20 ini hadir dengan satu lubang untuk menempatkan kamera swafoto 25MP dan teknologi panel skrin ini tidak berlubang sepenuhnya seperti yang kami fikirkan sebelum ini.

Kamera belakang juga menyaksikan Honor View 20 kembali kepada tetapan satu sensor kamera namun ianya bukan calang-calang kamera.

Honor View 20  juga telah disahkan akan hadir dengan teknologi kamera 48MP Sony IMX586 yang mana ianya hanya menggunakan satu sensor dengan teknologi light fusion 4 dalam 1 dan 4 sensor HDR.

Kamera 48MP Sony ini juga dikatakan mampu mengambil gambar ‘low-light’ 12MP yang lebih kurang ganguan dan kekaburan pada waktu cahaya yang lebih rendah.

Selain itu, Honor Veiw 20 ini juga memiliki sensor ToF 3D yang boleh digunakan untuk gambar ‘low-light’ dan pembentukkan 3D.

Honor View 20 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W.

Selain itu, Honor View 20 ini juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair, teknologi Link Turbo , dwi-GPS, tiga antenna Wi-Fi, GPU Turbo 2.0, EIS dan mod desktop.

Honor View 20 ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna gradiasi yang menarik iaitu biru dan hitam dan biru phantom edisi Moschino.

Harga penjualan Honor View 20 di China adalah seperti berikut  :

Honor View 20 6GB/128GB  – RM 1,9999

Honor View 20 8GB/256GB edisi Moschino – RM 2, 499

Honor View 20 akan mula dijual di pasaran Malaysia hujung minggu ini (26 Januari 2019) di roadshow Honor terbesar didalam sejarah syarikat ini di Malaysia.

Honor View 20 akan ditawarkan dengan hadiah eksklusif percuma bagi 1,000 pembeli terawal dan maklumat lanjut mengenai roadshow ini boleh anda baca dipautan di bawah.

Dapatkan Jam pintar Honor Magic dengan pembelian Honor View 20 di Roadshow Honor pada 26 Januari ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.