Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan jam pintar Honor Magic secara percuma dengan pembelian Honor View 20

Sebelum ini kami telah mengesahkan bahawa Honor View 20 yang akan dilancarkan pada 22 Januari ini akan ditawarkan di Malaysia mulai 26 Januari 2019.

Sehubungan dengan itu, Honor Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai promosi yang akan ditawarkan pada roadshow Honor View 20 yang akan berlangsung di pusat membeli belah 1Utama dan ianya didakwa sebagai roadshow Honor terbesar di Malaysia.

Roadshow Honor ini akan berlangsung dari 23 hingga 27 Januari 2019 dengan kemuncak kepada roadshow ini adalah penjualan Honor View 20 yang akan bermula pada 26 Januari.

Bagi 1000 pembeli Honor View 20 yang pertama, Honor telah menyediakan hadiah menarik bagi anda dimana 200 pembeli terawal akan menerima seutas jam pintar Honor Magic dan beg galas Honor manakala 800 pembeli seterusnya akan menerima satu unit Honor Band 4 dan beg galas Honor.

Selain itu, Honor View 20 ini akan turut ditawarkan oleh Maxis pada harga RM 1 sahaja iaitu dengan pelan MaxisONE 158 (ditawarkan di Maxis Centre New Wing, 1Utama).

Selain itu, Honor Malaysia juga telah mengumumkan bahawa Honor 10 Lite versi 3GB/64GB akan turut dijual di roadshow ini mulai 23 Januari denan harga penjualan RM 799 dan hadir dengan hadiah percuma bernilai RM 188.

Selain itu, bagi anda yang tidak dapat menghadiri roadshow Honor di 1Utama ini, 10 pembeli pertama di stor Honor seluruh negara akan menerima Honor Band 4 manakala 10 pembeli pertama Honor 10 Lite akan menerima Honor Band 4 Running.

Comments

comments