Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

#10yearchallenge mungkin percubaan mudah untuk mendapatkan data anda bagi tujuan AI

Sedar atau tidak, sekarang tengah tular mengenai cabaran yang dikenali sebagai #10yearcallenge.

#10yearchallenge yang kini sedang viral di Facebook, Twitter dan Instagram secara meluas adalah satu posting pemilik akaun yang memuat naik dua gambar mereka dengan perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut adalah 10 tahun.

Di atas kertas tidak apa yang kelihatan meragukan mengenai cabaran ini, namun terdapat satu teori yang mengatakan bahawa cabaran terbaru ini dimulakan sebagai cubaan untuk mendapatkan data perbezaan umur sesorang atau untuk mengajar AI sistem penuaaan manusia dengan lebih mudah.

Dengan berjuta-juta akaun di ketiga-tiga platform media sosial ini, #10yearchallenge telah menyaksikan timbunan gambar yang memberikan AI data yang cukup untuk mempelajari sistem wajah manusia dan meningkatkan lagi kecekapan AI ini.

Dengan AI, ianya mungkin membantu syarikat-syarikat pengiklanan bagi penawaran iklan yang lebih bersasar dan banyak lagi kegunaan tersembunyi AI ini.

Kesimpulanya, jangan hanya kerana ianya viral di media sosial, kita juga harus mengikut trend ini tanpa soal siasat akan apakah kesan tidak langsung yang mungkin anda hadapi.

Walaupun tidak kelihatan seperti satu kesalahan, jika berjaya dibuktikan #10yearchallenge boleh dikategorikan sebagai satu jenayah siber berskala besar yang menguntungkan pelbagai pihak.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.