Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 4 dilancarkan di Malaysia dengan skrin paparan Punch Fullview pada harga RM 1899

Huawei Mobile secara rasminya telah melancarkan Huawei Nova 4 ke pasaran Malaysia yang merupakan telefon pintar pertama di Malaysia untuk hadir dengan reka bentuk skrin ‘punch fullview’.

Sedikit mengecewakan, Huawei Nova 4 bagi pasaran Malaysia akan hadir dengan sensor kamera utama 20MP walaupun terdapat versi dengan sensor kamera utama 48MP yang ditawarkan di pasaran China.

Selain itu, Huawei Nova 4 hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang yang mana sensor kedua adalah unit kamera lensa lebar 16MP dengan aperture f/2.2 manakala sensor ketiga adalah unit 2MP.

Selain itu, Huawei Nova 4 juga hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.8%, pemproses Kirin 970, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Huawei Nova 4 akan turut hadir dengan kamera selfie 25MP yang paling kecil dipasaran, bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas, GPU Turbo 2.0, sensor capjari dan EMUI 9.0 berasaskan Android Pie.

Huawei Nova 4 akan ditawarkan di Malaysia mulai  14 Februari ini didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam dengan harga penjualan RM 1,899.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.