Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

1,200 unit Honor 10 Lite telah dijual didalam masa 3 jam sahaja

Honor 10 Lite yang mula dijual pada 9 Januari lalu nampaknya telah menambat hati pengguna di Malaysia dan buktinya adalah Honor Malaysia berjaya menjual 1,200 unit Honor Lite didalam masa tiga jam selepas penjualan dibuka.

Honor 10 Lite ini ditawarkan pada harga istimewa RM 699 iaitu bagi versi 3GB+32GB berbanding harga asal RM 749 manakala versi 3GB+64GB pula ditawarkan pada harga RM 799.

Honor 10 Lite ini hadir ke pasaran dengan reputasi yang baik khususnya kerana ianya memiliki teknologi kamera selfie AI 24MP.

Selain itu, Honor 10 Lite  hadir dengan skrin paparan teardrop IPS LCD FHD+ berukuran 6.21-inci dengan nisbah skrin kepada badan melebihi 90%, pemproses Kirin 710, 3GB RAM dan 32GB/64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Honor 10 Lite ini juga hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 13MP f/1.8 dan sensor bokeh/portrait 2MP.

Honor 10 Lite turut hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie, GPU Turbo 2.0, bateri berkapasiti 3,400mAh dan slot dwi-SIM hibrid yang juga menyokong kad microSD sehingga 512GB.

Pembelian Honor 10 Lite masih boleh dibuat di Lazada dan Hihonor namun harga penjualan adalah dari RM 749.

Selain itu, Honor Band 4 dan Honor Band 4 Running turut telah mula dijual secara eksklusif di laman Hihonor masing-masing pada harga RM 149 dan RM 79.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.