Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Shopee Kongsi Fa Cai kini bermula dengan tawaran hebat

Penjualan Shopee Kongsi Fa Cai kini bermula dengan tawaran hebat 1

Shopee Malaysia telah mengumumkan penjualan atas talian sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi dengan peningkatan pembelian secara online yang kini sudah menjadi sebahagian daripada rutin setiap musim perayaan.

Perayaan Shopee Kongsi Fa Cai yang sedang berlangsung dari hari ini sehingga 6 Februari 2019 akan membawakan pengguna pelbagai hadiah menarik, peraduan media sosial serta tawaran dan diskaun menarik daripada jenama terkemuka seperti Watsons, Samsung, Senheng, Maybelline, VOIR dan Elianware.

Penjualan Shopee Kongsi Fa Cai kini bermula dengan tawaran hebat 2

Selain itu, Shopee akan memperhebatkan lagi penjualan dengan penjimatan luar biasa pada 14 hingga 16 Januari dan 22 hingga 24 Januari dengan penawaran mengikut tema harian seperti CNY Essential Festival (barangan keperluan CNY), Shocking Sale Festival (jualan kilat), Shopee Mall Festival (penjualan Shopee Mall), Cashback Festival (pesta pulangan tunai) dan CNY Mega Festival (pesta mega tahun baru cina).

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati 88% pulangan tunai setiap hari (dihadkan kepada RM 5.88) dan bauchar ini akan diberikan pada jam 3 petang setiap hari.

Shopee juga menyediakan 88,888 kotak yang ditawarkan oleh jenama dan penjual di platform Shopee dengan harga sekurang-kurangnya separuh daripada harga runcit dan ianya turut hadir dengan penghantaran percuma.

Lain-lain tawaran menarik adalah Shopee Shake yang membolehkan anda memenangi sehingga RM 888,888, kuiz Shopee CNY dan Shocking Sale.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.