Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mix 3 tiba di Malaysia 12 Januari ini dengan harga penjualan dari RM 2,199

Xiaomi Mix 3 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 12 Januari dan kini harga penjualan telefon pintar futuristik ini telah didedahkan dan ianya akan bermula pada harga RM 2,199.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi Mix 3, ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED gergasi berukuran 6.4-inci yang memberikan resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada badan 93.4%.

Xiaomi Mi Mix 3 juga hadir dengan teknologi kamera slider yang mana ianya mempunyai modus operasi yang sama seperti kamera Oppo Find X namun Xiaomi menggunakannya pada kamera hadapan.

Ianya adalah teknologi dwi-kamera 24MP + 2MP dimana sensor kamera utama adalah  Sony IMX576 yang hadir dengan saiz piksel 1.8µm pda keadaan cahaya malap (resolusi gambar menjadi 6MP sahaja).

Selain itu, pada bahagian belakang, Mi Mix hadir dengan reka bentuk kamera konvesional iaiti dua sensor 12MP yang mana sensor biasa hadir dengan aperture f/1.8 manakala sensor telefoto memiliki aperture f/2.4.

Apa yang menarik adalah, Mi MiX 3 turut hadir dengan mod penggambaran waktu malam yang sama seperti ditawarkan oleh Huawei pada P20 Pro yang dikenali sebagai Super Night Mode dan Xiaomi mendakwa hasil gambar mod ini adalah lebih baik pada Mi Mix 3.

Mi MiX 3 juga hadir dengan AI Scene Recognition dan turut hadir dengan rakaman video gerak perlahan pada kadar bingkai 960fps dengan muzik latar belakang auto yang berasaskan AI.

Mi Mix 3 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB memori dalaman sahaja yang mana ianya sedikit mengecewakan memandangkan Mi Mix 3 ditawarkan didalam versi 8GB dan 10GB di pasaran China.

Mi Mix 3 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas melalui slot USB-C manakala pengecasan tanpa wayar adalah pada kadar 10W.

Mi Mix 3 akan hadir dengan MIUI 10 dengan Android 9.0 Pie dan juga menjadi telefon pintar Xiaomi pertama untuk hadir dengan butang bantuan suara AI yang menyokong bahasa kebangsaan China sahaja.   

Xiaomi Mi Mix 3 akan ditawarkan didalam tiga warna menarik iaitu hitam, biru dan hijau jed dengan harga penjualan RM 2199 bagi warna hitam dan RM 2,299 bagi warna biru dan hijau jed.

Pembelian Xiaomi Mi Mix 3 ini boleh dibuat secara atas talian di stor rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee selain pembelian secara tradisional di Stor Mi seluruh negara.

Comments

comments