Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini

 

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini 1 Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini 2

Razer Phone 2 yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi dan pelancaran tempatan telah dijadualkan akan berlangsung pada 15 Januari 2019 atau Selasa hadapan.

Razer Phone 2 ini adalah model gantian kepada Razer Phone yang tidak ditawarkan di Malaysia secara rasmi.

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini 3

Seperti pada Razer Phone, generasi kedua telefon pintar Razer turut hadir dengan skrin paparan 120Hz dengan sokongan HDR dan DCI-P3 gamut warna lebar yang menawarkan visual yang lebih baik ketika permainan video dan tontonan video.

Panel skrin ini dibekalkan oleh Sharp iaitu panel IGZO LCD dengan resolusi QHD dan nisbah 16:9.

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini 4

Skrin paparan ini adalah 50% lebih cerah dengan penghasilan warna gelap yang tepat.

Razer Phone 2 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 dan dengan sistem penyejukan ‘Vapor Chamber Cooling’, 8GB RAM, 64GB memori dalaman UFS dan slot microSD.

Razer Phone 2 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang kini menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0+ dan pengecasan pantas tanpa wayar Qi sehingga 15W.

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini 5

Razer Phone 2 hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan aluminium CNC yang membolehkan penawaran pengecasan tanpa wayar dan dengan pensijilan IP67.

Logo Razer dibahagian belakang juga hadir dengan lampu RGB dan Chroma.

Bercakap mengenai kamera pula, Razer Phone 2 hadir dengan teknologi dwi-kamera yang jauh lebih baik berbanding Razer Phone yang pertama dan dibekalkan oleh Sony.

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini 6

Dua sensor 12MP kini menghiasi panel belakang Razer Phone 2 dan satu adalah sensor biasa f/1.75 dengan pemfokusan auto Dual Pixel dan OIS manakala sensor kedua adalah telefoto dengan 2 kali pengzooman optik dan aperture f/2.6. Kamera selfie Razer Phone 2 adalah 8MP.

Rakaman video 2K kini pada kadar 60fps manakala video gerak perlahan adalah pada 120fps dengan resolusi 1080p.

Razer Phone 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Januari ini 7

Selain itu, Razer Phone 2 juga memiliki pembesar suara stereo dengan pensijilan Dolby Atmos, Android 8.1 Oreo ( Android Pie akan tiba tidak lama lagi).

Buat masa ini harga penjualan Razer Phone 2 ini masih belum diketahui dan terdapat juga pengesahan daripada UMobile bahawa Razer Phone 2 ini akan turut ditawarkan dibawah pelan pascabayar mereka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.