Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 Dijangka Akan Hadir Dengan Sensor Kamera 38MP Dan Zoom Optik 5x

Telefon pintar utama Huawei bagi tahun 2019 iaitu siri Huawei P30 telah mula mendapat perhatian dan lakaran CAD telefon pintar ini telah dikeluarkan bersama-sama video 360 darjah.

Huawei P30 akan hadir dengan pengunaan tiga sensor kamera dibelakang seperti pada model Pro bagi Huawei P20.

Posisi kamera ini juga sama seperti sebelum ini namun sensor kamera yang digunakan pada model ini sudah pastinya berbeza.

Pada bahagian hadapan, Huawei P30 akan memiliki reka bentuk skrin ‘teardrop’ yang menempatkan kamera sahaja dan ini turut memberikan kita petunjuk bahawa hanya model Huawei P30 Pro akan hadir dengan teknologi pengecaman wajah yang lebih canggih.

Huawei P30 akan hadir didalam pilihan warna gradiasi dan warna yang ditawarkan mungkin sama seperti pada siri Huawei Mate 20 Pro.

Selain itu, Huawei P30 dilihat akan hadir dengan teknologi capjari terbina didalam skrin bersaiz 6.0-inci.

Huawei P30 ini dijangka akan hadir dengan ukuran dimensi 149.1 x 71.4 x 7.5 mm, bicu audio 3.5mm dan slot USB-C.

Bercakap mengenai sensor kamera Huawei P30 ini, sensor utama kamera ini dijangka adalah unit 38MP dan terdapat juga sokongan pengzooman optil 5x manakala kamera selfie adalah unit 24MP.

Bercakap mengenai pemproses, Huawei P30 dan Huawei P30 Pro dijangka akan hadir dengan pemproses Kirin 980 selain bersama-sama EMUI terkini yang berasaskan Android 9.0 Pie.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.