Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8A akan dilancarkan pada 8 Januari 2019

Honor 8A akan dilancarkan pada 8 Januari 2019 1

Walaupun hanya beberapa hari memasuki tahun 2019, Honor dilihat sangat aktif didalam pelancaran model baru yang akan menghiasi dunia telefon pintar sepanjang tahun ini.

Honor kini telah mengesahkan bahawa Honor 8A akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Januari ini dengan reka bentuk skrin takukan ‘teardrop’.

Selain itu, Honor 8A yang akan memasuki pasaran China terlebih dahulu ini akan turut hadir dengan 64GB memori simpanan dalaman dan pemproses octa-core.

Kesemua maklumat ini telah didedahkan melalui gambar teaser yang dimuat naik di akaun Weibo Honor.

Selain itu, Honor 8A akan turut hadir dengan skrin paparan IPS LCD HD+ berukuran 6.08-inci, 3GB RAM, dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB atau 64GB dan EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Honor 8A ini akan turut hadir dengan kamera utama 13MP selain kamera selfie 8MP.

Menariknya, pada hari yang sama Honor Malaysia akan memperkenalkan Honor 10 Lite yang akan mula dijual pada 9 Januari di Hihonor dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.