Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

4 juta unit telefon pintar Realme telah dijual dalam masa 7 bulan

4 juta unit telefon pintar Realme telah dijual dalam masa 7 bulan 1

Sejak pelancaran Realme 1 pada bulan Mei yang lalu, anak syarikat Oppo ini telah mencapai pertumbuhan yang sangat baik dengan penjualan rasmi global telefon pintar Realme kini telah mencapai angka 4 juta unit.

Dengan 5 model, Realme telah berjaya mencapai angka penjualan 4 juta unit didalam masa 7 bulan sahaja.

Setiap pasaran baru yang Realme ceburi, syarikat ini berjaya menambat hati pengguna khususnya dengan penawaran telefon pintar pada harga penjualan yang sangat berpatutan .

4 juta unit telefon pintar Realme telah dijual dalam masa 7 bulan 2

Pengumuman rasmi ini telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi Realme dan ianya akan disusuli dengan pelancaran satu lagi model kelas pertengahan iaitu Realme A1.

Dipasaran Malaysia, Realme menawarkan tiga model mereka iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme 1C dengan harga penjualan serendah RM 399.

ULASAN : Realme 2 Pro – telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran

Selain itu, Realme juga telah membuka stor imej pertama mereka di Malaysia di pusat membeli belah Sunway Pyramid.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.