Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembukaan Stor Konsep Vivo berwajah baru di Sunway Pyramid mendapat sambutan luar biasa

Pembukaan Stor Konsep Vivo berwajah baru di Sunway Pyramid mendapat sambutan luar biasa 1

Vivo Malaysia secara rasminya telah membuka stor konsep berwajah baru mereka di Sunway Pyramid pada 30 Disember yang lalu.

Majlis pembukaan rasmi stor konsep Vivo di Sunway Pyramid ini telah dihadiri oleh ketua pegawai eksekutif Vivo Mike Xu dan pengarah Access Mobile Marketing Sdn. Bhd, Kevin Le.

Pembukaan Stor Konsep Vivo berwajah baru di Sunway Pyramid mendapat sambutan luar biasa 2

Mike Xu berkata bahawa Vivo sangat teruja dengan pembukaan stor konsep Vivo pertama di Lembah Klang yang berwajah baru.

Stor Konsep Vivo ini membawakan pengalaman pembelian telefon pintar yang lebih selesa dan lebih banyak produk Vivo yang ditawarkan kepada peminat Vivo.

Pembukaan stor Vivo yang baru ini juga menunjukkan pertumbuhan Vivo yang pesat dipasaran Malaysia.

Stor berwajah baru ini adalah lebih lebar dan telah menjadi stor yang bukan hanya menawarkan telefon pintar Vivo malah kini menawarkan keseluruhan portfolio produk Vivo.

Pembukaan Stor Konsep Vivo berwajah baru di Sunway Pyramid mendapat sambutan luar biasa 3

Selain itu, Tajul, penyanyi didalam program Big Stage yang ditaja oleh Vivo Malaysia turut memeriahkan majlis pembukaan stor konsep Vivo ini.

Selain itu, Majlis pelancaran stor konsep Vivo yang berwajah baru ini turut telah dihadiri oleh ramai pengunjung yang mengambil kesempatan akan promosi dan tawaran menarik Vivo pada hari pembukaan yang bersejarah ini.

Pembukaan Stor Konsep Vivo berwajah baru di Sunway Pyramid mendapat sambutan luar biasa 3

Sebagai stor konsep Vivo berwajah baru yang pertama di Lembah Klang, ianya menawarkan pengalaman pembelian produk Vivo yang lebih selesa dan puas.

Vivo Malaysia turut mengambil kesempatan ini untuk menjemput anda semua ke stor konsep Vivo Malaysia yang baru ini di Sunway Pyramid.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.