Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan diskaun RM 100 dengan tempahan Vivo Y95 di Lazada

Dapatkan diskaun RM 100 dengan tempahan Vivo Y95 di Lazada 1

Vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Vivo Y95 telah dibuka untuk tempahan secara eksklusif di Lazada dan anda akan menerima potongan RM 100 dengan menggunakan kod VIVO95 ketika pembelian.

Tawaran menarik ini adalah dari 24 Disember sehingga 28 Disember 2018 dan ini bermaksud anda boleh membeli Vivo Y95 pada harga RM 899 berbanding harga penjualan asal RM 999.

Dapatkan diskaun RM 100 dengan tempahan Vivo Y95 di Lazada 2

Vivo Y95 ini hadir dengan skrin paparan Halo FullView berukuran 6.22-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 88.6%, pemproses Snapdragon 439, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,300mAh.

Vivo Y95 ini juga hadir dengan kamera selfie 20MP yang turut hadir dengan algoritma AI yang mampu mengesan umur, jantina, tona kulit, keadaan kulit dan cahaya persekitaran sebelum menawarkan tetapan selfie terbaik untuk anda.

Vivo Y95 ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah.

Beli Vivo Y95 di Lazada dengan menekan pautan ini > Vivo Y95 Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.