Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nikmati pengalaman gaming seperti seorang pro dengan Huawei Nova 3

 

Sebut sahaja mengenai permainan video atau gaming, anda sudah pasti mempunyai idea bagaimana sesuatu telefon pintar itu mampu menawarkan pengalaman gaming yang terbaik kepada anda.

Pasaran telefon pintar khas untuk gaming mungkin merupakan pasaran yang premium dengan harga penjualan peranti berada pada tahap yang tinggi.

Walaubagaimanapun, masih ada telefon pintar dengan harga penjualan yang berpatutan masih mampu menawarkan pengalaman gaming yang baik kepada pengguna tanpa perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar.

Berikut adalah sebab kenapa Huawei Nova 3 mampu menjadi teman gaming terbaik anda.

Skrin paparan Huawei FullView

Huawei Nova 3 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.3-inci yang mampu menawarkan pengguna pengalaman gaming yang sangat imersif dan pada rangka badan yang lebih kompak.

Dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080), Huawei Nova 3 hadir dengan pakej skrin yang terbaik pada tahap harga ini.

Ruang skrin yang lebih lebar yang ditawarkan oleh Huawei Nova 3 membolehkan anda melihat lebih banyak aspek penting ketika didalam pertarungan maya yang sengit.

Pemproses kelas flagship Kirin 970

Huawei Nova 3 hadir dengan pemproses kelas flagship Kirin 970 yang telah terbukti kehebatanya untuk menguasai kebanyakkan telefon pintar utama Huawei termasuk siri Huawei P20.

Dengan teknologi AI sebagai tunjang utama kepada kehebatan pemproses ini, Huawei Nova 3 mampu memberikan pengguna satu pengalaman gaming tanpa ‘lag’ yang sudah pastinya memberikan satu kelebihan kompetitif ketika didalam aktiviti gaming yang berterusan.

Selain itu, Huawei Nova 3 juga disertakan dengan 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan teknologi grafik GPU Turbo.

GPU Turbo adalah teknologi peningkatan prestasi grafik yang menawarkan peningkatan pretasi sebanyak 60% dengan 30% lebih efisen.

Bateri berkapasiti 3,750mAh dengan Teknologi pengecasan Huawei SuperCharge

Huawei Nova 3 memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh yang dilihat mampu menawarkan anda pengunaan yang sangat optimum khususnya dengan pemproses Kirin 970 yang efisen tenaga.

Selain itu, dengan teknologi pengecasan pantas kelas flagship Huawei SuperCharge, anda tidak perlu risau akan kehabisan bateri ketika sedang menikmati permainan video kegemaran anda.

Selain itu, GPU Turbo yang disertakan pada Huawei Nova 3 secara tidak langsung juga meningkatkan lagi jangka hayat bateri telefon pintar mampu milik ini.

Huawei Nova 3 yang mampu menawarkan pengalaman gaming terbaik pada tahap harga ini kini boleh didapat di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 dan pembelian boleh dilakukan di stor atas talian rasmi Huawei Mobile atau di stor rasmi Huawei di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.