Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hadiahkan orang tersayang Huawei Nova 3i – telefon pintar selfie AI terbaik dipasaran pada harga RM 1,099 sahaja

 

Tahun 2018 semakin hampir melabuhkan tirai dan musim percutian yang terakhir bagi tahun ini dilihat sebagai waktu yang sesuai untuk anda memberikan kejutan istimewa kepada orang tersayang anda yang sentiasa bersama anda ketika susah dan senang.

Huawei pengeluar telefon pintar No.2 dunia menawarkan pengguna pelbagai model telefon pintar mampu milik yang boleh anda hadiahkan kepada orang yang tersayang dan model yang paling menonjol adalah Huawei Nova 3i.

Huawei Nova 3i merupakan telefon pintar kelas pertengahan mampu milik yang kini ditawarkan pada harga yang ultra kompetitif dengan harga penjualan RM 1,099 sahaja.

Huawei Nova 3i ini hadir dengan teknologi dwi-kamera AI pada bahagian hadapan dan belakang iaitu kombinasi kamera 24MP + 2MP di hadapan dan kombinasi 16MP + 2MP dibahagian belakang.

Berdasarkan maklumat persekitaran yang sangat teliti, Huawei Nova 3i mampu mencantikkan gambar selfie anda yang mampu memberikan hasil gambar selfie yang menarik dan lebih semulajadi.

Selain itu, kamera hadapan Nova 3i ini juga hadir dengan teknologi AI Scenery Recongnition yang mampu menyesuaikan gambar selfie mengikut keadaan persekitaran anda.

Huawei Nova 3i juga memiliki kamera belakang yang hampir sama hebat dengan kamera hadapan. Ianya hadir dengan algoritma AI yang terhasil selepas mengkaji hampir 100 juta gambar selfie penduduk dunia.

Huawei Nova 3i mampu mengesan lebih 500 adengan penggambaran didalam 22 kategori yang mampu mengoptimasi gambar anda didalam masa beberapa saat sahaja sebelum anda mengambil gambar.

Satu lagi ciri yang wajib kami tekankan adalah mod penggambilan video gerak perlahan super slow mo. Huawei Nova 3i menawarkan anda kebolehan untuk mengambil gambar video gerak perlahan yang 16x lebih perlahan pada kadar 480 bingkai sesaat.

Mod ini sangat berguna ketika anda ingin mengambil detik-detik indah seperti langkah pertama si kecil anda ataupun tarian dan aksi lasak yang lebih menarik dipertontonkan didalam gerak perlahan.

Lain-lain spesfikasi Huawei Nova 3i yang menjadikanya ianya telefon pintar ideal sebagai hadiah sempena musim percutian ini adalah skrin paparan FHD+ Huawei FullView berukuran 6.3-inci, pemproses Kirin 710, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,340mAh.

Huawei Nova 3i yang ditawarkan pada harga RM 1,099 ini boleh dibeli secara atas talian di laman sesawang rasmi Huawei atau di stor rasmi Huawei di Lazada.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.