Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo berkerjsama untuk menganjurkan kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship 2018

Vivo telah mengumumkan satu kerjasama  dengan PUBG Mobile Malaysia untuk mengadakan kejohanan PMNC 2018 (PUBG Mobile Malaysia National Championship) pada penghujung tahun ini yang akan menyaksikan himpunan jaguh-jaguh permainan PUBG terbaik di Malaysia dengan hadiah bernilai sehingga RM 60,000

PMNC 2018 akan diadakan dia 4 bandar utama di Malaysia iaitu Johor, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur yang menjadikan PMNC sebagai kejohanan pertama untuk memiliki 5 pusingan kelayakan sebagai komitmen untuk menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub e-sukan di Asia.

Dengan tema “Squad Up”, Vivo x PMNC mempromosikan slogan “One Squad, One Goal”yang menjemput setiap pemain yang kompetitif untuk membentuk satu pasukan dan mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu menjadi juara kejohanan ini dan mewakili Malaysia diperingkat yang lebih tinggi.

Selepas hanya 4 hari dibuka untuk pendaftaran, sebanyak 600 pemain telah mendaftar mewakili 150 pasukan dan pendaftaran masih dibuka di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/ .

Dengan menganjurkan kejohanan berprestij seperti ini, Vivo berharap dapat menerapkan sifat kerjasama dan menyelarikan prinsip Vivo yang membantu pertumbuhan teknologi dan fesyen.

Format pertandingan adalah, juara bagi setiap peringkat kelayakan ini akan bertanding di pusingan Grand Final yang akan diadakan pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi PUBG Mobile Malaysia National Championship 2018 dan laman rasmi FB Vivo Malaysia

Tontoni video kejohanan ini di Sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.