Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor Konsep Vivo berwajah baru akan dibuka 30 Disember ini di Sunway Pyramid

Sebelum tirai 2018 ditutup dengan jayanya, Vivo Malaysia menjemput anda untuk meraikan pembukaan rasmi stor konsep Vivo yang terbaru pada 30 Disember ini.

Stor konsep yang terletak di pusat membeli belah Sunway Pyramid ini adalah stor konsep pertama yang telah dinaik taraf di tengah Malaysia.

Secara asasnya, stor konsep yang dinaik taraf ini hadir dengan reka bentuk baru yang lebih mesra pelanggan.

Selain itu, bagi menawarkan pengalaman membeli belah yang lebih baik, stor konsep Vivo ini juga telah dibesarkan yang membolehkan pelanggan menikmati suasana pembelian yang lebih luas dan selesa.

Selain itu, terdapat pelbagai cendermata Vivo yang turut ditawarkan di stor konsep Sunway Pyramid ini.

Pembukaan stor konsep berwajah baru ini akan dibuka secara rasmi pada 30 Disember ini dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik. Pastikan anda tidak terlepas untuk menghadiri pembukaan Stor Konsep Vivo Malaysia ini.

Bagi maklumat lanjut mengenai tawaran menarik di stor konsep Sunway Pyramid pada 30 Disember ini, anda boleh mengikuti Vivo Malaysia melalui 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.