Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y91i kini ditawarkan di Malaysia dengan harga serendah RM 599 sahaja

Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Vivo Y91i kini telah mula ditawarkan dipasaran tempatan dengan harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu RM 599 sahaja.

Vivo Y91i ini hadie dengan skrin paparan Halo FullView berukuran 6.22-inci yang meletakkanya sebagai mode dengan skrin paparan paling besar didalam kelas harga ini.

Skrin paparan Vivo Y91i ini hadir dengan nisbah skrin kepada badan 88.6% yang turut hadir dengan navigasi pintas khusus untuk telefon pintar skrin gergasi ini.

Vivo Y91i juga hadir dengan pemproses MediaTek 6762 Helio P22, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Vivo Y91i juga memiliki bateri berkapasiti 4,030mAh, sensor capjari dibahagian belakang dan slot microSD.

Beralih kepada kamera pula, Vivo Y91i hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP+2MP selain kamera selfie 8MP.

Promosi ini boleh didapat disemua stor konsep Vivo, wakil penjual sah, rakan penjual selain secara atas talian di Lazada, Shopee, 11 street, Lmall and Vivo e-store rasmi, Vivo Store (http://www.vivostore.com.my)

Percuma speaker Vivo dengan setiap pembelian Vivo Y91i sempena Karnival Krismas Vivo

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.