Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Karnival krismas Vivo membolehkan anda menerima hadiah awal krismas dari Vivo

Karnival krismas Vivo membolehkan anda menerima hadiah awal krismas dari Vivo 1

Mulai 13 Disember 2018, pusingan ketiga Vivo Christmas Carnival Season telah bermula dengan pelbagai tawaran menarik bagi telefon pintar terbaik Vivo.

Karnival krismas Vivo membolehkan anda menerima hadiah awal krismas dari Vivo 2

Dengan pembelian telefon pintar didalam siri Vivo V11, anda akan menerima satu unit headphone Vivo secara percuma dimana Vivo V11 hadir dengan harga penjualan RM 1,699 manakala Vivo V11i pula hadir dengan harga RM 1,099.

Kedua-dua model Vivo V11 dan Vivo V11i adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada fotografi dengan teknologi AI pada kamera.

Selain itu, Vivo V11 juga hadir dengan teknologi sensor capjari terbina pada skrin yang merupakan cara yang lebih mudah untuk anda mengakses telefon pintar anda melalui skrin.

Kedua-dua model Vivo V11 dan Vivo V11i ini hadir didalam dua warna iaitu hitam dan nebula manakala warna jambu turut ditawarkan secara eksklusif nahi Vivo V11i.

Vivo V11 juga hadir dengan skrin paparan Super AMOLED yang mana kedua-dua model memiliki skrin paparan Halo FullView.

Bercakap mengenai pemproses, Vivo V11 hadir dengan pemproses Snapdragon 660 AEI yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB memori dalaman.

Vivo V11i pula memiliki pemproses MediaTek Helio P60 yang dipadankan dengan 4GB RAM dengan kapasiti memori dalaman yang sama seperti Vivo V11.

Karnival krismas Vivo membolehkan anda menerima hadiah awal krismas dari Vivo 3

Dalam pada itu, mulai 16 Disember 2018, setiap pembelian Vivo Y91i juga akan menerima satu unit pembesar suara secara percuma.

Vivo Y91i ini hadir dengan skrin paparqn Halo FullView berukuran 6.22-inci, sensor capjari pantas dan tidak ketinggalan teknologi face unlock.

Selain itu, Vivo Y91i juga memiliki 4,030mAh yang memastikan anda dapat menggunakan telefon pintar anda sepanjang hari tanpa perlu risau akan kehabisan bateri.

Promosi ini boleh didapat disemua stor konsep Vivo, wakil penjual sah, rakan penjual selain secara atas talian diĀ Lazada, Shopee, 11 street, Lmall and Vivo e-store rasmi, Vivo Store (http://www.vivostore.com.my).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.