Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX Dual Display dilancarkan secara rasmi dengan 10GB RAM dan Tiga Sensor Kamera

Vivo NEX Dual Display dilancarkan secara rasmi dengan 10GB RAM dan Tiga Sensor Kamera 1

Vivo secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi varian telefon pintar NEX iaitu Vivo NEX Dual Display yang hadir dengan dua panel skrin paparan pada bahagian hadapan dan belakang,

Vivo NEX Dual Display dilancarkan secara rasmi dengan 10GB RAM dan Tiga Sensor Kamera 2

Paparan utama adalah pada bahagian hadapan dan ianya adalah panel skrin AMOLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi 1080 x 2340 yang mempunyai nisbah 19:5:9 dengan 91.6% daripada permukaan hadapan adalah skrin.

Panel skrin yang diletakkan pada bahagian belakang juga merupakan panel AMOLED namun saiz skrin adalah lebih kecil iaitu 5.49-inci dengan nisbah 16:9.

Vivo NEX Dual Display dilancarkan secara rasmi dengan 10GB RAM dan Tiga Sensor Kamera 3

Pada bahagian dalaman, Vivo NEX edisi Dual Display ini memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang dipadankan dengan 10GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai kamera, NEX Dual Display ini hadir dengan tetapan tiga kamera yang diletakkan dibahagian belakang.

Vivo NEX Dual Display dilancarkan secara rasmi dengan 10GB RAM dan Tiga Sensor Kamera 4

Kamera utama adalah sensor 12MP dengan aperture f/1.9 yang memiliki optik pengstabilan imej, sensor kedua 2MP untuk mod bokeh/portrait dan sensor ketiga ToF yang mempunyai fungsi utama sebagai pengesan jarak dan untuk pengecaman wajah.

Vivo NEX Dual Display dilancarkan secara rasmi dengan 10GB RAM dan Tiga Sensor Kamera 5

Ciri-ciri keselamatan Vivo NEX Dual Display ini juga menyeluruh dimana apabila anda membuka peranti melalui panel skrin hadapan, anda boleh menggunakan sensor capjari terbina dalam skrin manakala jika menggunakan panel belakang, anda boleh menggunakan pengecaman wajah.

Vivo NEX Dual Display ini hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 10V/2.25A selain sistem UI Funtouch OS 4.5 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

VIVO NEX Dual Display akan mula dijual di pasaran China pada 29 Disember ( tempahan sudah dibuka) dengan harga penjualan CNY 4,998 (RM 3,035)

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat akan bila telefon pintar terbaru Vivo ini akan memasuki pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

Vivo NEX Dual Display dilancarkan secara rasmi dengan 10GB RAM dan Tiga Sensor Kamera 6

salah satu fungsi tambahan panel skrin belakang ketika gaming

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.