Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y Max kini dibuka untuk tempahan dengan harga RM 1,299 sahaja

Huawei Y Max kini dibuka untuk tempahan dengan harga RM 1,299 sahaja 1

Huawei Y Max yang diumumkan kewujudanya beberapa hari lalu kini telah dibuka untuk tempahan dengan harga penjualan bagi adik tiri Huawei Mate 20X ini adalah RM 1,299 sahaja.

Tempahan Huawei Y Max kini dibuka secara eksklusif di stor online rasmi Huawei Malaysia

Huawei Y Max ini hadir dengan reka bentuk panel seakan jahitan kulit yang mengingatkan kami kepada reka bentuk kulit faux seperti pada Samsung Galaxy Note3.

Huawei Y Max kini dibuka untuk tempahan dengan harga RM 1,299 sahaja 2

Huawei Y Max ini akan hadir dengan skrin paparan fullview dewdrop berukuran 7.12-inci dengan resolusi FHD+ (2440 x 1080), pemproses Qualcomm Snapdragon 660, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Pada bahagian belakang, Huawei Y Max akan hadir dengan tetapan 16MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP dengan aperture f/2.0.

Huawei Y Max  akan ditawarkan pada harga RM 1,299 dan setiap tempahan akan turut menerima hadiah percuma seperti Huawei A2 Band, Huawei AM116 Earphone, bekas flip Y Max dan beg kanvas krismas (bernilai RM 334)

Maklumat lanjut mengenai Huawei Y Max boleh diketahui di sini

Tempah Huawei Y Max di Sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.