Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Oppo kini menyokong pengunaan eSIM di Malaysia

Oppo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa telefon pintar mereka sudah mula hadir dengan sokongan e-SIM yang membolehkan anda berhubung tanpa memerlukan kad SIM Fizikal.

Sempena pengumuman ini, pelanggan Oppo yang mendaftar untuk akaun Durian Man pada 5 hingga 31 Disember ini di stor konsep Oppo Mines atau SS15 Subang Jaya berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai sehinga RM 30,000.

Durian Man menyediakan pelan prabayar dengan liputan yang baik di Malaysia dan anda juga boleh melanggan pelan perantauan apabila anda berada diluar negara.

Sokongan e-SIM pada telefon pintar Oppo adalah dari model Oppo F9, R17 Pro dan ke atas dan ianya akan hadir dengan fungsi yang sama seperti SIM kad fizikal.

Ikut langkah berikut untuk mengaktifkan akaun Durian Man anda :

  1. Muat turun aplikasi Durian Man di Google Play Store
  2. Daftar akaun Durian Man
  3. Pilih pelan prabayar yang sesuai dengan keperluan anda
  4. Imbas IC atau Pasport anda
  5. Lakukan Pembayaran
  6. Pilih Nombor telefon pintar kegemaran anda
  7. Aktifkan dan Selesai!
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.