Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

SuperPark Malaysia kini telah mula beroperasi, taman aktiviti tertutup terbaik didunia

Superpark Malaysia, taman aktiviti tertutup paling mesra pengguna di Dunia kini telah dibuka di Malaysia dan menjadikanya negara asia ketiga selepas Hong Kong dan Singapura untuk menerima taman aktiviti tertutup ini.

SuperPark Malaysia telah dibuka di Avenue K, Kuala Lumpur dan ianya hadir dengan keluasa 40,000 kaki persegi dengan 26 aktiviti menarik bagi golongan kanak-kanak dan dewasa.

Selain itu, SuperPark Malaysia juga hadir dengan satu gelanggang ais tiruan berkeluasan 2,500 kaki persegi yang diperbuat dari 100% bahan boleh kitar semula dan ais sintetik tanpa kimia.

SuperPark Malaysia adalah satu-satunya SuperPark yang memiliki gelanggang ais tiruan ini.

Harga tiket bagi SuperPark ini adalah berada pada kadar berpatutan iaitu sekitar RM 30-70 mengikut hari dan waktu.

Senarai penuh harga tiket adalah seperti berikut anda juga dikehendaki membeli stokin SuperPark pada harga RM 5 sahaja.

Bagi kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah, masuk adalah percuma dan pengunaan semua aksesori tambahan seperti pad keselamatan, bola, kayu baseball, skuter dan banyak lagi adalah percuma.

SuperPark Malaysia kini dibuka di Avenue K (tingkat 4) Kuala Lumpur yang berhadapan dengan menara berkembar Petronas.

SuperPark yang diasaskan di Finland ini adalah satu taman aktiviti yang boleh diakses oleh kesemua isi keluarga tanpa batasan umur dan anda mungkin boleh membawa ahli keluarga anda ke SuperPark Malaysia pada bila-bila masa mengikut waktu yang anda mahu.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.